Gambar atas : Raja-raja Melayu bergambar bersama Wakil Ratu Britain.
Hubaya-hubaya bangsa, bahawa pada tarikh 5 Ogos 1957, Duli-duli Yang Maha Mulia sembilan orang Raja-raja Melayu sebagai raja pemerintah dari empat buah “Negeri Melayu Bersekutu” dan lima buah “Negeri Melayu Tidak Bersekutu” menawarkan perkenan menurunkan tandatangan persetujuan kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dengan memahat tujuh wasiat Raja-raja Melayu yang berbunyi :
Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana kalau kami bersatu padu dan berpegang teguh padanya, selama itulah kamu akan kondusif dan hening dan selamat sejahtera. Tujuh perkara itu yakni :
1. Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kau junjung Persekutuan Tanah Melayu
2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kau dan kami benarkan kau isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kau rebutlah tolong-menolong kaum lain
3. Bagi menjaga kau dan bagi melindungi anak cucu kami serta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan bahaya dari luar negara
4. Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan Raja-raja Melayu memerintah negara ini
5. Kami isytiharkan Islam sebagai agama Pesekutuan
6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan yakni Bahasa Melayu
7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain
Sila baca dan fahami wasiat di atas tanpa prejudis perkauman dan politik sempit, khususnya kepada segelintir chauvinist yang masih lagi wujud di negara kita selepas hampir setengah kala merdeka.
DAULAT TUANKU!!!!
0 Komentar