Jasaview.id

Setul Asalnya Sebahagian Wilayah Kedah

Setul (atau Satun mengikut pelat sebutan orang Siam) merupakan wilayah terakhir Negeri Kedah yang terlepas ke tangan Thailand. Nama Setul merupakan nama dalam Bahasa Melayu yang dipercayai berasal dari nama sejenis pokok.



atau Satun mengikut pelat sebutan orang Siam Setul Asalnya Sebahagian Wilayah Kedah




Berdasarkan sejarah, wilayah pantai barat Segenting Kera (hingga ke Tanah Sari / Tenasserim dalam wilayah Myanmar pada hari ini) termasuk Setul yaitu sebahagian daripada Negeri Kedah. Ia kemudiannya dirampas oleh Siam pada tahun 1813 dan diperintah oleh Gabenor Siam berpusat di Nakhon Si Thammarat (Negara Sri Dharmaraja). Pada tahun 1897, Setul dan Perlis dikembalikan kepada Negeri Kedah yang dikala itu di bawah imbas Siam dan dikenali dengan nama Siam iaitu ‘Saiburi’.

Sultan Abdul Hamid Halim Syah, Sultan Kedah saat itu telah mewakilkan adindanya, Raja Muda Abdul Aziz untuk menghadiri upayaca penyerahan kembali wilayah Setul dan Perlis kepada Kedah pada 17 Mei 1897. Ketibaan Raja Muda Abdul Aziz telah diiringi oleh Menteri Besar Kedah, Dato’ Wan Muhammad Saman dan diberi kawalan keselamatan oleh tentera berbangsa Sikh. Selesai upacara tersebut, Raja Muda Abdul Aziz telah menghantar surat kepada Putera Damong untuk memaklumkan baginda telah menempatkan sepasukan askar Kedah di Setul.



atau Satun mengikut pelat sebutan orang Siam Setul Asalnya Sebahagian Wilayah Kedah



Sultan Abdul Hamid Halim Syah juga telah menghantar seorang Pegawai Istana Kedah berjulukan Ku Baharuddin @ Ku Din bin Ku Moh untuk menjadi Gabenor atau Pesuruhjaya Tinggi Setul. Ku Din telah menjalankan tugasnya dengan cemerlang sepanjang menjadi Gabenor Setul hinggalah persaraannya pada 1916. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1932 dan turut dikebumikan di Setul.



atau Satun mengikut pelat sebutan orang Siam Setul Asalnya Sebahagian Wilayah Kedah



Menerusi perjanjian Anglo-Siamese Treaty 1909, Inggeris bersetuju menyerahkan kembali wilayah Setul kepada Siam. Raja Siam enggan melepaskan wilayah Setul kerana terdapat ramai etnik Siam yang telah dipindahkan ke wilayah tersebut.

Beberapa nama daerah di Setul berasal dari perkataan Melayu masih lagi dipakai pada hari ini tetapi telah berubah mengikut pelat orang Siam. Antaranya ialah :

Mueng Satun : Asal nama daerah ini yaitu Mambang
Khuan Don : Dusun
Ko Tarutao : Pulau Terutau
Ko Phetra : Pulau Petra
Ko Lidi : Pulau Lidi
Ko Bulon : Pulau Bulan

Pada hari ini, wilayah Setul merupakan salah satu daripada empat wilayah di Thailand yang majoriti penduduknya masih beragama Islam. Percampuran antara penduduk daripada Bangsa Melayu dengan Siam telah melahirkan satu etnik baru yang dikenali dengan nama Sam-sam. Walaupun begitu, agak mendukacitakan apabila kurang daripada 10% daripada penduduk Melayu-Islam di wilayah ini yang masih mengaku berketurunan Melayu. Tambahan pula, ramai dikalangan mereka tidak lagi bisa untuk bertutur dalam Bahasa Melayu pada hari ini (Dapat lihat peranan dan kepentingan Bahasa? Ingat motto “Bahasa Jiwa Bangsa” yang semakin dilupakan pada hari ini?)

Posting Komentar

0 Komentar